? ??????????????Twilight New Moon? ????? ?? ???Rating: 4.8 (22 Ratings)??829 Grabs Today. 11243 Total Grab
s. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Seasons? ????? ?? ???Rating: 3.3 (3 Ratings)??799 Grabs Today. 6274 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Never Let BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, January 23, 2010

ISL MINGGU 3 - JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

JADUAL SPESIFKASI UJIAN

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan.
Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980).
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta duahala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawall mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.

Langkah Pembinaan JSU
Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu:
(1) mengkaji sukatanpelajaran,
(2) menganalisis objektif pengajaran,
(3) menentukan jenis soalan, dan
(4)menentukan bilangan soalan..

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
• skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;
• pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;
• kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;
• kompleksiti sesuatu tajuk; dan
• masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.


2. Menganalisis Objektif Pengajaran

Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu:
i. Paksi Kandungan
ii. Paksi Objektif Pengajaran:

Kandungan Pengetahuan
• Tajuk
• Tajuk kecil Objektif Kognitif

Kandungan Kemahiran
• Tajuk
• Tajuk kecil

Objektif PsikomotorKandungan Afek/Perasaan
• Tajuk
• Tajuk kecil

Objektif Afektif

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan,yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis Soalan

Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.


4. Menentukan Bilangan Soalan

Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian member markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.Kepentingan JSUJPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan Pembina item/soalan ujian.

Antara kepentingannya ialah:
• kertas ujian dapat digubal secara sistematik;
• kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
• taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
• ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan
• aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina olehpembina lain.

LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN

Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu

(1) meyediakan JPU,
(2)menulis item ujian,
(3) menyemak item ujian,
(4) menilai item ujian, dan
(5) membuatkajian rintis terhadap keseluruhan item.


1. Menyediakan JPU

Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan. Tujuan utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang kita ingin pelajarpelajar kita kuasai.Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk soalan yang akan digunakan.
Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesian masalah perlu dibina sekiranya kita ingin mengukur keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik. Sekiranya kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan kaum, misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih sesuai daripada soalan objektif. Seterusnya, jika pelajar dikehendaki mengingat tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan beraneka pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.


2. Menulis Item Ujian

Sebaik sahaja anda siap menyediakan JSU (yang sebaiknya mengandungi jenis dan bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis item-item ujian. Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betul-salah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei (essay item), terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini. Prinsipprinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut.
• Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar, misalnya, “Sila isikan ruang kosong dalam soalan berikut dengan satu perkataan sahaja”.
• Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajarmemberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.
• Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan/ kepintaran am.
• Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada kalanyakita meminta mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam keadaan ini, arahan menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar.
• Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.

3. Menyemak Item Ujian

Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
• Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami pelajar.
• Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan mengandungimaklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.
• Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran.
• Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi petanda (clue) kepadajawapan yang dikehendaki.

Menilai Item Ujian

Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan penilaian ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa yang disebut di atas, iaitu:
• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami pelajar.
• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukupuntuk pelajar menjawabnya.
• Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang untuk mengukur kandungandan objektif pengajaran yang ditetapkan.
• Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item

Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya, kajian rintis dibuat terhadap keseluruhan item/kertas ujian. Kajian rintis di sini bermaksud kajian awal tentang kesesuain item-item kepada pelajar yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Biasanya, kajian rintis tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian. Bagaimanapun, kajian rintis perlu dibuat untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam bank soalan. Kajian rintis begini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan tidak ada kesilapan ejaan/istilah yang digunakan.
• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.
• Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar gurudan tidak ada soalan yang “terkeluar” daripada kandungan tersebut.
• Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendak soalan

Friday, January 15, 2010

ISL MINGGU 2 - TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

TAKSONOMI BLOOM

-Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ].
-Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
-Terdapat tiga domain utama yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu:
I Domain Kognitif
II Domain Afektif
III Domain Psikomotor


KONSEP TAKSONOMI BLOOM
-Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.- Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
- Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
-ARAS TAKSONOMI BLOOM Menurut Benjamin S.Bloom aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu :
-1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian


Pengetahuan
- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.
- Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.
- Contoh soalan :-
- Pelancong Barat lebih suka……………..di bawah matahari.
A. dijemur
B. berjemur
C. berjemur
D. menjemur

Kefahaman
- Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
- Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.
- Contoh soalan :-
- Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah :-
“ Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.”
A. Ke manakah Fahrin pergi?
B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?
C. Siapakah yang pergi ke hospital?
D. Fahrin berada di hospital?


Aplikasi
- Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.
- Contoh soalan:--
“ Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian.”Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringan pakaian itu?
i. Sejuk
iii. mendung
ii. Berangin
iv. Panas

A. i dan ii sahaja
B. i dan iii sahaja
C. ii dan iv sahaja
D. iii dan iv sahaja


Analisis
- Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.
- Contoh soalan:
(a) Bezakan maksud ‘bersama’ dengan ‘bersama-sama’.
(b) Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara dengan luar negara.


Sintesis
- Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.
- Contoh soalan:
-Gubahkan serangkap pantun yang berunsurkan nasihat.



Penilaian
- Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.
Contoh soalan :
-Berikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar.



TAKSONOMI KRATHWOHL
-Diasaskan oleh, David R. Krathwohl- Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
- Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.


ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL
-Perwatakan
-Organisasi
-Penilaian
-Gerak balas
-Penerimaan


Penerimaan
- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
-Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :

(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian .


Gerak balas
- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.


Penilaian
- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.


Organisasi
- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Perwatakan
- Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

Friday, January 8, 2010

ISL MINGGU 1

PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
PENGERTIAN DAN KONSEP

Pentaksiran
Ø Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru.
Ø Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori, atau sesuatu skala.
Ø Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.
Ø Fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut:
1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh.
2. Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh.
3. Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain.
4. Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

Pengujian
Ø Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu.
Ø Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi satu set tindak balas / respon.
Ø Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya.
Ø Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.
Ø Tujuan pengujian adalah seperti berikut:
1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.
2. Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain.
3. Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar sebelum pengajaran.
4. Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.


Penilaian
Ø Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.
Ø Tiga langkah penilaian:
1. Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
2. Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
3. Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.

Ø Dari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas.
Ø Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan.
Ø Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah laku seseorang individu.
Ø Contoh data kualiti adalah seperti, " Amir adalah seorang pelajar yang cerdas dan berinisiatif".
Ø Data kualitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti "Ahmad mempunyai darjah kecerdasan 120".
Ø Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan.
Ø Penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting sekiranya ia menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka.


PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

TUJUAN

  1. Sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru.
  2. Sebagai alat mencari punca kelemahan murid.
  3. Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran guru.
  4. Menilai prestasi dan kemajuan pelajar.
  5. Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar.
  6. Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan.
  7. Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam peperiksaan besar.
  8. Bagi membuat klasifikasi / pembahagian murid.
  9. Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik.
  10. Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan.


KEPENTINGAN

  1. Membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran.
  2. Membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran.
    megesahkan suatu paras pencapaian pelajar.
  3. Membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain untuk membimbing pelajar secara individu.
  4. Menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif.


CIRI-CIRI UTAMA UJIAN

  1. Kesahan
  2. Kebolehpercayaan
  3. Keobjektifan
  4. Kebolehtadbiran
  5. Kebolehtafsiran


>> Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.

  1. Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji. Contohnya, ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu.
  2. Kesahan ramalan merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan. Contohnya, hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat membuat karangan dalam sesebuah bengkel. Sekiranya markah calon itu tinggi dan selalu dapat membuat karangan yang baik semasa bengkel dijalankan, maka kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi.
  3. Kesahan gagasan merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dibayangkan dalam pencapaian ujian. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya.
  4. Kesahan serentak bertujuan menentukan tarap seseorang murid. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu, satu objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis dengan baik berdasarkan peraturan-peraturan tatabahasa. Para pelajar yang memperoleh markah yang tinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi.

>> Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.

>> Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.

>> Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.