? ??????????????Twilight New Moon? ????? ?? ???Rating: 4.8 (22 Ratings)??829 Grabs Today. 11243 Total Grab
s. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Seasons? ????? ?? ???Rating: 3.3 (3 Ratings)??799 Grabs Today. 6274 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Never Let BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, January 15, 2010

ISL MINGGU 2 - TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

TAKSONOMI BLOOM

-Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ].
-Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
-Terdapat tiga domain utama yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu:
I Domain Kognitif
II Domain Afektif
III Domain Psikomotor


KONSEP TAKSONOMI BLOOM
-Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.- Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
- Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
-ARAS TAKSONOMI BLOOM Menurut Benjamin S.Bloom aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu :
-1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian


Pengetahuan
- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.
- Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.
- Contoh soalan :-
- Pelancong Barat lebih suka……………..di bawah matahari.
A. dijemur
B. berjemur
C. berjemur
D. menjemur

Kefahaman
- Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
- Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.
- Contoh soalan :-
- Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah :-
“ Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.”
A. Ke manakah Fahrin pergi?
B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?
C. Siapakah yang pergi ke hospital?
D. Fahrin berada di hospital?


Aplikasi
- Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.
- Contoh soalan:--
“ Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian.”Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringan pakaian itu?
i. Sejuk
iii. mendung
ii. Berangin
iv. Panas

A. i dan ii sahaja
B. i dan iii sahaja
C. ii dan iv sahaja
D. iii dan iv sahaja


Analisis
- Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.
- Contoh soalan:
(a) Bezakan maksud ‘bersama’ dengan ‘bersama-sama’.
(b) Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara dengan luar negara.


Sintesis
- Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.
- Contoh soalan:
-Gubahkan serangkap pantun yang berunsurkan nasihat.



Penilaian
- Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.
Contoh soalan :
-Berikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar.



TAKSONOMI KRATHWOHL
-Diasaskan oleh, David R. Krathwohl- Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
- Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.


ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL
-Perwatakan
-Organisasi
-Penilaian
-Gerak balas
-Penerimaan


Penerimaan
- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
-Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :

(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian .


Gerak balas
- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.


Penilaian
- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.


Organisasi
- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Perwatakan
- Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

0 comments: